macam-macam penyakit dan pencegahannya

Jumat, 28 Januari 2011

penyakit kencing manis (diabetes)


Penyakit ini telah lama diketahui manusia.
Penyakit kencing manis tidak seharusnya menjadi satu penghalang kepada kehidupan yang biasa. Dengan bertambahnya pengetahuan berkenaan penyakit kencing manis dan penghasilan obat-obat untuk penyakit ini, tidak ada sebab mengapa anda tidak boleh hidup seperti manusia biasa
Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukosa adalah puncak utama yang memberi tenaga.
Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukosa) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.




Secara umum, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan
insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh
kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

Pengidap kencing manis

Mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang mengidap penyakit kencing manis sudah meningkat umur (40 tahun ke atas) mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kencing manis

Pil
Obat ini membantu badan menggunakan gula dengan sempurna dan dengan itu dapat mengawal penyakit ini.
Ada pula pesakit-pesakit yang memerlukan suntukan insulin sementara pesakit-pesakit lain pula boleh mengawal penyakit mereka dengan memakan pil. Doktor anda, setelah menjalankan pemeriksaan terhadapa anda, akan menentukan samaada anda memerlukan suntikan insulin atau pil dalam rawatan anda. Kes penyakit kencing manis anda mungkin tidak sempurna dengan kes orang lain dan oleh itu rawatan yang ditentukan oleh doktor anda mungkin tidak serupa dengan rawatan untukpesakit lain. Doktor akan menentukan rawatan mengikkut keadaan penyakit seseorang.


ciri-ciri penderita :

Kerap membuang air kencing
Sentiasa berasa dahaga
Selera makan meningkat
Letih
Hilang berat badan
Jangkitan kulit yang kerap, misalnya jangkitan kulat pada kawasan kemaluan
Luka yang lambat sembuh
Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur

Panduan makanan penderita diabetes :
Makanan dilarang :
  1. Macam2 Gula
  2. Coklat
  3. Madu
  4. Sirup
  5. Icecream
  6. Biskuit-biskuit yang manis
  7. Susu pekat
  8. Minuman ringan

Makanan yang perlu dikurangi

  1. Nasi
  2. Roti
  3. Macam Ubi
  4. Jus alpukat
  5. Kelapa
  6. Daging kambing
  7. Buah-buahan jeruk


Makanan yang boleh dimakan dengan bebas

  1. Serbuk lada
  2. Rempah-rempah
  3. Serbuk kari
  4. air,kopi,jus tomato dan limau, sup cair
  5. Sayur-sayuran – kacang panjang, kobis, bawang, timun, lobak merah, kangkong, sawi,cendawan, bayam,tomato,bunga kobis, kacang bendi,terung, ketela

langkah-langkah menjaga diri :

  1. Selalu menjaga kebersihan diri
  2. Tiap-tiap hari, cucikan kaki dan jari-jari kaki dengan menggunakan sabun dan air,keringkan kaki dan sapukan bedak
  3. Mandilah selalu
  4. Sapukan bedak di bagian-bagian kulit yang berpeluh berlebihan
  5. Jaga kebersihan gigi
  6. Menjauhkan diri dari kecederaan
  7. Jangan berjalan tanpa kasut atau selipar
  8. Berhati-hatilah semasa memotong kuku jari dan jari kaki
  9. Bersih dan balutkan mana-mana luka yang ada
  10. Berhati-hati semasa bercukur

Akibat buruk penyakit diabetes :

Dengan berjalannya waktu, diabetis dapat menjurus pada kebutaan, gagal ginjal, dan kerusakan syaraf. Tipe-tipe kerusakan ini adalah akibat kerusakan dari pembuluh-pembuluh kecil, dirujuk sebagai penyakit mikrovaskuler (microvascular disease). Diabetis juga adalah suatu faktor penting dalam mempercepat pengerasan dan penyempitan dari arteri-arteri (atherosclerosis), menjurus pada strokes, penyakit jantung koroner, dan penyakit-penyakit pembuluh darah besar lainnya. Ini dirujuk sebagai penyakit makrovaskuler (macrovascular disease). Diabetis mempengaruhi hampir 17 juta orang (kira-kira 8% dari populasi) di Amerika. Sebagai tambahan, suatu tambahan yang diperkirakan dari 12 juta orang di Amerika mempunyai diabetis dan bahkan tidak mengetahuinya. Dari suatu perspektif ekonomi, biaya total per tahun dari diabetis pada tahun 1997 diestimasikan sebesar 98 milyar dolar di Amerika. Biaya per kapita berasal dari pada tahun 1997 berjumlah $10,071.00; sedangkan biaya-biaya kesehatan untuk orang-orang tanpa diabetis sebesar $2,699.00 per kapita. Selama tahun yang sama ini, 13.9 juta hari opname di rumah sakit dihubungkan pada diabetis, dimana 30.3 juta kunjungan ke dokter berhubungan dengan diabetis. Ingat, angka-angka ini merefleksikan hanya populasi di Amerika . Seluruh dunia, statistiknya mengejutkan.

Diabetes adalah penyebab utama kematian yang ketiga di Amerika setelah penyakit jantung dan kanker.

3 komentar:

  1. saya ada produk merawat kencing manis.. alhamdulillah ramai yang telah berjaya sembuh.. singgah di blog saya untuk lihat lebih janjut...
    http://hijau2u.blogspot.com/2012/09/membantu-pesakit-kencing-manis-tahap.html
    t.kasih..

    BalasHapus
  2. Anda ingin SIHAT? Bagus! Saya percaya Anda ingin Sihat. Kini ianya sangat MUDAH, SENANG & TANPA makan ubat-ubatan Anda boleh SIHAT! PENEMUAN oleh para doktor dimana mereka juga adalah PENGGUNA produk ini!!. Kenapa ENERTRI? Enertri merupakan produk kesihatan 100% semulajadi yang mampu Mengatasi masalah:
    1. DIABETES
    2. PENYAKIT JANTUNG
    3. TEKANAN DARAH TINGGI/ RENDAH
    4. PENYAKIT ARTERI KORONORI
    5. KOLESTEROL/LDL TINGGI
    6. GANGRENE
    7. TIROID
    8. STROK
    9. DAN BANYAK LAGI...

    CEPAT!!! Ketahui mengenai produk-produk kami dengan layari:
    1. https://www.facebook.com/EnertriEnerFiberOnlineStore#
    2. http://fadz5765daverdum.wix.com/enertrienerfiber

    BalasHapus